Wednesday, October 15, 2014

RUKUN SHOLAT

RUKUN SHOLAT YANG KEDUA
Rukun Sholat yang kedua berdiri tegak pada Sholat fardu bagi yang mampu berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

Ø  Wajib berdiri pada semua Sholat fardu  yaitu Sholat fardu lima waktu, Sholat nazar, Sholat fardu kifayah seperti Sholat mayat, atau Sholat yang sejenis dengan sholat fardu seperti Sholat fardu yang diulang (Sholat muadah) dan Sholat fardu kanak-kanak.
Ø  Wajib berdiri atas mereka yang mampu berdiri dengan sendiri dan mampu berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu yang lain seperti bersandar kepada dinding.
Ø  Wajib berdiri atas mereka yang mampu berdiri dengan bantuan orang lain seperti dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang memiliki kelebihan harta. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

Sunguh menyedihkan  pada masa sekarang banyak  yang Sholat duduk diatas kursi pada hal mereka mampu berjalan dan mengangkat kursinya ke masjid tetapi ketika Sholat fardu mereka akan duduk diatas kursi, apabila ditanya kenapa Sholat duduk? mereka akan menjawab tak mampu berdiri.
Ø  Apabila sesrorang itu berdiri dan dia tidak bisa rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia Sholat duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak bisa duduk didalam Sholat fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.
Ø  Tidak wajib berdiri pada Sholat sunat.
Ø  Apabila tidak mampu bertahan dalam berdiri dengan sendiri atau bantuan orang lain maka haruslah Sholat duduk dengan cara duduk tetapi duduk iftirash. Hal tersebut terlebih afdhal dan apabila tidak mampu mampu duduk hendaklah dia berbaring diatas lambung dan jika tidak mampu  berbaring hendaklah dia Sholat terlentang dan hendaklah dia isyarat pada rukuk dan sujud.

Syarat Berdiri
Ø  Disyaratkan, hendaklah berdiri tegak dengan membetulkan tulang belakang sekalipun dengan bersandar pada umpama tiang maka membongkokkan badan sehinga hampir pada had rukuk adalah tidah sah pada Sholat fardu mereka yang mampu berdiri tegak.
Ø  Mereka yang bisa berdiri tegak tetapi berdiri seperti orang rukuk dengan sebab tua, wajib dia berdiri dan menambah bongkoknya apabila dia rukuk.
Ø  Disyaratkan berkuat pada dua kaki atau salah satu daripada dua kaki, maka tidak sah Sholat mereka yang bergayut pada suatu walaupun kaki jejak pada tempat Sholat kerana tidak dinamakan berd


RUKUN SHOLAT YANG KETIGA
Rukun yang ke tiga ialah takbiratul ihram (تكبيرة الأحرام)
Ø  Takbiratu ihram ialah  menyebut lafaz Allahu akbar (الله اكبر) di permulan Sholat diserta dengan niat. Adapun takbir yang lain dinamakan takbir intiqal yakni takbir berpindah dari satu rukun kepada satu rukun yang lain dan takbir intiqal ini adalah sunat.
Ø  Lafaz Allahu akbar (الله اكبر) ini tidak bisa ditukar dengan yang lain seperti Arrohmanu akbar (الرحمن أكبر), Allahu kabir (الله كبير), Allahu a’zim (الله عظيم) atau Allahu A’zam (الله أعظم).
Ø  Tidak sah Sholat dengan mendahulukan lafaz akbar dari lafaz Allah seperti akbarullah (أكبر الله) dengan erti kata lain mesti mendahulukan lafaz Allah kemudian lafaz akbar.
Ø  Tidak mengapa dipisahkan antara dua lafaz ini dengan (ال) seperti Allahul akbar (الله الأكبر)
Ø  Tidak mengapa dipisahkan dengan sifat yang tiada panjang yakni tidak melebihi dua sifat, contoh satu sifat Allahul jalilu akbar (الله الجليل أكير) atau dua sifat Allahur rahmanur rahimu akbar (الله الرحمن الرحيم أكبر).
Ø  Tidak sah Sholat apabila dipisahkan antara lafaz Allah dengan akbar dengan tiga sifat atau lebih seperti Allahul jalilul a’zimul halimu akbar (الله الجليل العظيم الحليم أكير).
Ø  Orang yang sempurna bacaannya setelah belajar bersunguh sunguh hendaklah diterjemah kedalam bahasa yang dia bisa sebut sekalipun bahasa itu bukan bahasa pertuturannya, seperti katanya Tuhan maha besar dan jangan diganti dengan zikir yang lain.
Ø  Bagi mereka yang bisu wajib mengerakkan lidah, dua bibir dan anak tekak sekadar mampunya ketika menyebut takbiratil ihram, begitu juga pada bacaan-bacaan wajib yang lain.
Ø  Wajib mempedengarkan takbir itu pada diri sendiri begitu juga bacaan-bacaan wajib  yang lain.


RUKUN SHOLAT YANG KEEMPAT
Ø  Membaca fatihah adalah wajib pada tiap-tiap rakaat melainkan rakaat masbuk.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Ø  بسم الله الرحمن الرحيم  ialah salah satu ayat daripada fatihah
Ø  Wajib memelihara segala huruf dan segala tasydidnya.
Ø  Tidak sah bacaan fatihah orang yang  meninggalkan satu huruf atau satu tasydid
Ø  Tidak sah bacaan fatihah orang yang  menukar hurufnya dengan huruf yang lain seperti menukar kan zal (ذ) pada (الذبن) dengan dal (د)=(الدين) atau zai (ز)=(الزين)
Ø  Tidak sah bacaan fatihah orang yang  menukarkan baris yang mengubahkan makna seperti membariskan hadapan (- ُ) perkataan (أنعمتَ) bertukar kepada (أنعمتُ)  dengan itu maknanya aku beri nikmat sedangkan makna asal engkau beri nikmat.
Ø  Tidak sah bacaan dan batal Sholat mereka tersebut sekiranya dilakukan dengan sengaja, adapun mereka yang membacanya dengan tersalah atau tidak mengubahkan makna maka tidak batal Sholatnya, hanya tidak sah bacaan fatihahnya dan dia wajib ulang perkataan yang salah itu dan meneruskan bacaannya sehinga selesai dengan makna dia tidak perlu ulang dari awal fatihah.
Ø  Wajib menjaga aturan fatihah yaitu jangan memutarbalikkan susunan ayatnya.
Ø  Wajib mualat/berturut-turut pada bacaannya, yaitu dihubungkan setengah ayat dengan setengah ayatnya.
Ø  Tidak putus mualat, menghentikan bacaannya sekadar untuk bernafas.
Ø  Putus mualat jika diselang antara ayat-ayat fatihah dengan zikir yang bukan maslahah Sholat, contohnya seperti menyebut (الحمد االله) ditengah fatihah kerana bersin.
Ø  Tidak putus mualat jika diselang antara ayat-ayat fatihah dengan zikir yang bergantung dengan maslahah Sholat contoh mengucap amin (آمين) setelah fatihah imam.
Ø  Putus mualat dengan diam yang panjang antara ayat-ayat fatihah dengan ketiadan uzur.
Ø  Putus mualat dengan diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan, semantara diam yang pendek dengan tiada niat memutus tidak memutuskan mualat.
Ø  Jika seorang itu lemah yakni jika seorang itu tidak bisa membaca fatihah dengan sebab tiada yang mengajarnya, ketiadan mushaf (kitab al-Quran) atau lainnya, maka wajib membaca tujuh ayat, sekalipun bercerai-cerai dengan syarat sama banyak huruf ayat itu dengan surah fatihah.
Ø  Sekiranyan dia tidak bisa mambaca tujuh ayat hendaklah dia mambaca tujuh macam zikir atau doa’ dengan syarat huruf zikir dan doa’ itu sama banyak dengan huruf fatihah.
Ø  Sekiranya dia tidak mampu membaca semua bacaannya, maka hendaklah dia berdiri seukuran waktu bacaan fatihah.
RUKUN SHOLAT YANG KE-LIMA
Rukun yang kelima adalah rukuk dengan dua syarat
1.      Berhenti sejenak  (طمأنينة)
2.      Jangan dikasad pada ketika turun rukuk dengan yang lain.

Ø  Arti Berhenti sejenak  (طمأنينة) ialah tetap angota badan pada dua rukun Fi’li (Pergerakan). Maksud dua rukun Fi’li (pergerakan) disini ialah pergerakkan turun rukuk dan pergerakkan bangkit dari rukuk, maka hendak lah orang yang rukuk itu berhenti sekurang-kurangnya sekadar (سبحان الله), dengan kata lain jangan lah sesaorang itu menyambung pergerakkannya dari turun rukuk dan apabila sampai kepada rukuk terus bangkit dengan tidak berhenti.
Ø  Sekurang-kurang rukuk menempelkan dua tapak tangan kepada lutut dengan melentangkan tangan yakni tidak membengkokkan siku bagi mereka yang hanya pas-pasan panjang tangan dan lututnya, artinya tangan nya tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, dan lututnya tidak terlalu ke-bawah dan tidak terlalu ke-atas.
Ø  Rukuk yang sempurna ialah menegakkan kaki dan meratakan punggung.
Ø  Syarat rukuk hendaklah jangan dikasadkan turun rukuk dengan yang lain, seperti seorang yang turun kerana hendak sujud tilawah (sujud kerana bacaan ayat sejadah) dan apabila sampai kepada had rukuk dia terus rukuk yakni tidak diteruskan kasadnya untuk sujud tilawah maka rukuknya tidak memadai, dengan itu dia hendaklah bangkit semula dan turun rukuk.

RUKUN SHOLAT YANG KE-ENAM
Rukun yang ke-enam ialah i’tidal serta tu’amaninah ialah kembali berdiri tegak setelah ruku’.
Syarat i’tidal:
Ø  Hendaklah berdiri tegak dan sempurna jangan dibongkokkan badan ke depan, ke balakang, kiri atau kekanan.
Ø  Jangan dikasadkan i’tidal kepada yang lain maka jika bangkit dari rukuk kerana terkejut, nescaya tidak sah i’tidalnya itu dengan itu hendaklah dia tunduk kembali, dan setelah itu kembali kepada i’tidal.
Ø  Hendaklah i’tidal serta t’amanina yakni berhenti sebentar sekurang-kurang masa berhenti hengaklah sekada membaca سبحان الله.
Ø  Jangan dipanjangkan berdiri ketika i’tidal melebihi bacaan fatiha kerana i’tidal rukun yang pendek. Jika dipanjangkan dengan sengaja lagi mengetahui akan haram memanjangkannya maka Sholatnya batal.


RUKUN SHOLAT YANG KE- TUJUH
Rukun yang ketujuh adalah sujud dua kali serta tu’amaninah pada tiap-tiap rakat.
Syarat sujud:
Ø  jangan dikasadkan sujud kepada yang lain, maka jika terjatuh seorang dalam keadaan dahi ditempat sujud dan dia jadikan jatuh itu sebagai sujud maka tidak sah sujudnya maka wajib dia kembali kepada berdiri dan turun sujud semula.
Ø  hendaklah sujud pada satu suku angota sujud yang tujuh yaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua perut anak jari kaki.
Ø  hendaklah dahi terbuka yakni tidak ada satu yang ditanggung dan bergerak dengan geraknya yang mencegah sampai dahi pada tempat sujud, seperti pembalut, ekor serban yang bergerak dengan geraknya dan lainnya. Adapun suatu yang ditangung tetapi tidak bergerak dengan gerak orang yang Sholat maka sah sujud diatasnya, seperti ekor serban yang panjang yang tidak bergerak apabila dia bergerak atau kain sapu tangan yang diletak pada tempat sujud pada ketika sujud dan dilepaskan kemudian apabila dia bangun diambil dan dipegang.
Ø  sekiranya ada pembalut luka pada dahi dan susah untuk membuangnya atau jika dibuang menjadi mudarat maka sah sujud di atasnya dan tidak wajib qada Sholat kecuali ada na’jis yang tidak dimaafkan ada pada pembalut itu.
Ø  tidak wajib membuka dua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak jari ketika sujud bahkan wajib menutup sebahagian lutut bagi lelaki dan wajib menutup lutut dan dua perut anak jari kaki bagi perempuan kerana aurat. Dan sunat dibuka dua tapak tangan bagi kedua lelaki dan perempuan.
Ø  disyarat kan ditekan dahi pada tempat sujud dengan berat kepala yakni tidak diangkat dahi sehinga dahi berbekas sekiranya di letakkan kapas dibawahnya.
Ø  jangan meulangi sujud setelah cukup syarat sujud, maka jika sujud seorang pada suatu yang tajam dan diseret dahinya pada tempat yang lain dengan tanpa diangkat maka sah sujudnya itu dan jika diangkat dahinya maka pada ini masalah ada ketentuannya
  • pertama jika sudah ada tu’amaninah batal Sholatnya jika dilakukan dengan sengaja serta tahu akan haramnya karena menambah rukun
  • kedua jika belum lagi ada t’amaninah sah sujudnya itu.



0 comments:

Post a Comment